Senang Renew merupakan jenama perniagaan yang telah beroperasi sejak tahun 2005 dan menawarkan perkhidmatan takaful am, khususnya takaful kenderaan dan takaful kemalangan diri. Ia diwujudkan bagi memudahkan masyarakat mendapat perlindungan patuh syariah yang sesuai dengan keperluan mereka. Penubuhan agensi ini berteraskan komitmen untuk menyediakan pilihan takaful yang jelas, mudah difahami dan mudah diakses sebagai alternatif kepada insurans konvensional ketika itu.
Senang Renew menyediakan rangkaian perkhidmatan produk takaful am yang komprehensif bagi perlindungan kepada kenderaan, rumah, kemalangan diri, perjalanan dan perubatan. Kami komited untuk membantu pelanggan mendapatkan perlindungan patuh syariah yang bersesuaian dengan keperluan serta kemampuan masing-masing melalui khidmat nasihat yang jelas, telus dan mudah difahami. Selain proses pembaharuan yang ringkas, kami turut memberi sokongan sepanjang tempoh perlindungan termasuk bantuan tuntutan dengan pendekatan mesra pelanggan bagi memastikan setiap urusan menjadi lebih senang, teratur dan dipercayai.
Pelan takaful patuh syariah dengan urusan yang telus dan boleh dipercayai.
Proses pembaharuan dan pendaftaran yang ringkas tanpa kerumitan.
Â
Khidmat nasihat yang jujur berdasarkan keperluan dan kemampuan pelanggan.
Tindak balas pantas serta sokongan berterusan termasuk bantuan tuntutan.
Terima cadangan pelan takaful yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda melalui proses yang mudah, pantas dan patuh syariah.
Rakan dipercayai anda untuk pembaharuan insurans yang pantas dan mudah.
WhatsApp us