About Us

Tentang Kami

Senang Renew merupakan jenama perniagaan yang telah beroperasi sejak tahun 2005 dan menawarkan perkhidmatan takaful am, khususnya takaful kenderaan dan takaful kemalangan diri. Ia diwujudkan bagi memudahkan masyarakat mendapat perlindungan patuh syariah yang sesuai dengan keperluan mereka. Penubuhan agensi ini berteraskan komitmen untuk menyediakan pilihan takaful yang jelas, mudah difahami dan mudah diakses sebagai alternatif kepada insurans konvensional ketika itu.

Jenama Senang Renew mula digunakan secara komersil pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nama ini dipilih kerana ringkas, mudah disebut dan mudah diingati, selain melambangkan matlamat utama agensi untuk memudahkan urusan pembaharuan takaful para pelanggan.

 

Ketika PKP, Senang Renew mula aktif memanfaatkan media sosial, khususnya Facebook, sebagai medium perhubungan alam maya untuk mengukuhkan jenama Senang Renew serta mengembangkan perkhidmatan agensi dengan menawarkan lebih banyak produk takaful dalam memenuhi keperluan masyarakat melalui saluran digital. Pendekatan ini membolehkan agensi terus berhubung dengan lebih ramai pelanggan serta memperluaskan perkhidmatan ke kawasan luar tanpa sempadan.

 

Sehingga kini, Senang Renew komited untuk memberikan khidmat nasihat yang jujur termasuk membantu proses tuntutan agar lebih mudah dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan agar setiap urusan pelanggan menjadi lebih senang dan teratur.

Visi

Menjadi pilihan utama pelanggan sebagai penyedia perkhidmatan yang dipercayai berlandaskan nilai amanah, integriti dan profesionalisme.

Misi

  1. Membina dan mengekalkan kepercayaan pelanggan melalui perkhidmatan berorientasikan keperluan pelanggan secara telus dan profesional.
  2. Mewujudkan hubungan silaturahim yang baik dan berterusan dengan pelanggan berasaskan sikap mesra, prihatin dan saling menghormati.
  3. Menilai maklum balas dan pandangan pelanggan secara terbuka sebagai asas penambahbaikan tataurus serta peningkatan prestasi perkhidmatan.
  4. Memberi khidmat nasihat dan cadangan pelan perlindungan mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan secara berintegriti dan profesional.
  5. Meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan profesionalisme warga kerja bagi memastikan perkhidmatan yang efektif, berdaya saing dan berkualiti tinggi.
  6. Memantapkan sistem penyampaian maklumat agar cekap, mudah difahami dan responsif demi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan.
  7.  Mematuhi sepenuhnya segala peraturan, garis panduan dan undang-undang yang berkaitan dalam pelaksanaan setiap urusan perniagaan.

Nilai Teras Kami

Amanah

Menjalankan setiap urusan dengan jujur, boleh dipercayai dan penuh tanggungjawab.

Integriti

Teguh dengan prinsip, konsisten dalam tutur kata dan tindakan.

Profesionalisme

Menyampaikan perkhidmatan secara cekap, berpengetahuan dan berkualiti tinggi.

Responsif

Cepat memberi tindak balas dan proaktif terhadap keperluan serta maklum balas pelanggan.

Mesra Pelanggan

Berinteraksi dengan sikap hormat, prihatin dan toleransi.

Dapatkan Sebut Harga Sekarang

Terima cadangan pelan takaful yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda melalui proses yang mudah, pantas dan patuh syariah.

Scroll to Top